WaJaH rAhSiA HaTi
Isnin, 11 April 2011
♥•♪♫♥^^~Ketika Allah Menguji Kita ~♥•♪♫♥^^
Aku pernah mengalami ujian yg bagiku cukup besar. Keputusan salah satu subjek pd semester akhirku jatuh. Aku pd awalnya amat terkejut dgn keputusan itu berasa amat kecewa. Aku rasakan seolah-olah tiada lagi peluang utk aku mencapai keputusan cemerlang pd peperiksaan akhir. Aku menangis sepuas-puasnya. Dunia ini bagiku sudah gelap. Namun aku gagahkan hati ini utk terus berjuang sehingga ke peperiksaan akhir. Berkat dr doa, kata2 semangat, motivasi, bacaan Yassin dan bantuan daripada keluargaku ku tersayang di dunia dan akhirat, pertolongan dr sahabat-sahabatku juga kata-kata semangat mereka, serta ilmu yang diberkan oleh pensyarah-pensyarah, akhirnya aku berjaya juga mendapatkan kembali keputusan yg cemerlang itu (walaupun agak menurun sedikit pencapaiannya akibat markah rendah dr subjek td). Benar kata ayah,emak,abang2 dan kakak2 aku, keputusan yg telah dibuat biarkan ia berlalu. Ia telah berlaku. Tetapi kuatkanlah diri utk perbaiki keputusan-keputusan subjek lain yg belum dibuat keputusannya lagi. Ya, aku tidak mengheret sama subjek-subjek lain utk turut jatuh keputusannya. Aku ambil pengajaran dr pengalaman perit itu. Akhirnya aku berjaya juga! Alhamdulillah…
Itulah moralnya, Jangan berputus asa. Walau apapun yg terjadi kpd kita, tidak kira senang atau susahnya kehidupan yg kita lalui kita rasakan, yakin dan percayalah kpd Allah SWT dgn jawapanNya di kemudian hari. Dia yg Maha Mengetahui. Sentiasalah bersikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakkal kpdNya. Dan yg paling penting, jangan bersangka buruk kpd Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Dia mahukan kita berfikir atas apa yg berlaku. Islam memberikan jalan dan sikap positif yg indah, terpulanglah kpd kita sendiri utk memahami dan mempraktikkannya supaya kita berjaya di dunia dan akhirat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan